KUALA LUMPUR: Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Malaysia yang mengukur perubahan harga barangan di peringkat pengeluar, meningkat 0.3 peratus pada Februari 2024 daripada negatif 0.6 peratus pada Januari 2024, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata sektor pertanian, perhutanan dan perikanan meningkat 6.0 peratus (Januari 2024: 3.2 peratus), disumbangkan oleh indeks penanaman tanaman kekal (8.1 peratus), perikanan (7.5 peratus) dan pengeluaran ternakan (4.3 peratus).
"Pada masa yang sama, sektor perlombongan mencatatkan peningkatan 5.3 peratus (Januari 2024: -1.3 peratus) dengan indeks pengekstrakan petroleum mentah mencatatkan peningkatan 7.9 peratus.
"Indeks bekalan air meningkat 3.6 peratus pada Februari 2024 (Januari 2024: 0.6 peratus) selaras dengan kenaikan tarif air di seluruh negara bermula pada 1 Feb, 2024. Sektor bekalan elektrik dan gas juga meningkat perlahan 0.1 peratus pada bulan ini (Januari 2024: -0.8 peratus)," katanya dalam kenyataan mengenai IHPR Pengeluaran Tempatan, Malaysia Februari 2024 yang dikeluarkan pada Rabu.
Beliau berkata sektor pembuatan terus menurun negatif 0.7 peratus (Januari 2024: -0.9 peratus) disebabkan oleh penurunan dalam indeks pembuatan kok dan produk petroleum bertapis (-12.6 peratus) dan pembuatan produk makanan (-3.3 peratus).
""Pada asas bulanan, IHPR Pengeluaran Tempatan meningkat 0.7 peratus selepas penurunan 0.1 peratus pada bulan lepas. Sektor pembuatan kekal tidak berubah, manakala semua sektor lain mencatatkan kenaikan pada bulan ini.
"Sektor perlombongan naik 5.7 peratus dengan peningkatan dalam indeks pengekstrakan petroleum mentah (5.8 peratus) dan pengekstrakan gas asli (5.2 peratus). Sektor pertanian, perhutanan dan perikanan meningkat 2.6 peratus disebabkan oleh penanaman tanaman kekal (4.3 peratus) dan perikanan (3.7 peratus)," katanya.
Mohd Uzir berkata bagi sektor utiliti, kedua-dua bekalan elektrik dan gas serta bekalan air masing-masing meningkat sebanyak 0.9 peratus dan 2.7 peratus pada Februari 2024.
Mengulas mengenai IHPR mengikut peringkat pemprosesan, beliau berkata indeks bahan mentah untuk diproseskan selanjutnya meningkat 5.6 peratus pada Februari 2024 (Januari 2024: 2.3 peratus), dengan indeks bahan bukan makanan mencatatkan peningkatan 6.0 peratus.
"Indeks barang siap juga meningkat 1.1 peratus (Januari 2024: 0.5 peratus), disebabkan oleh peningkatan indeks kelengkapan modal (2.9 peratus).
"Walau bagaimanapun, indeks bahan perantaraan, bekalan dan komponen terus turun negatif 1.7 peratus (Januari 2024: -2.0 peratus) disebabkan oleh indeks bahan api yang diproses dan pelincir (-12.9 peratus) serta bahan dan komponen untuk pembuatan (-0.5 peratus)," katanya.
Pada asas bulanan, semua indeks menunjukkan peningkatan pada bulan ini dengan indeks bahan mentah untuk diproseskan selanjutnya meningkat 2.7 peratus, manakala indeks barang siap dan bahan perantaraan, bekalan dan komponen masing-masing meningkat sebanyak 0.7 peratus dan 0.1 peratus.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 27 2024
Pada asas bulanan, semua indeks menunjukkan peningkatan pada bulan ini dengan indeks bahan mentah untuk diproseskan selanjutnya meningkat 2.7 peratus. - Gambar hiasan
Penyokong, netizen diminta henti spekulasi isu keselamatan dalam bola sepak - Shahelmey
Spekulasi, provokasi dan penyebaran berita palsu, akan membuatkan isu itu semakin panas serta tidak akan mendatangkan sebarang kebaikan.
Lima lelaki dipenjara 36 tahun, 12 sebatan bunuh rakan
Kesemua tertuduh didakwa membunuh Nik Mohamad Sharulanuar Nek Der di Kampung Raja, Besut pada Jun 2017.
Penantian berakhir, pemasangan Starlink beri kelegaan buat Orang Asli Kerling
Sebelum ini, kampung itu tidak menerima isyarat liputan daripada syarikat telekomunikasi sekali gus memaksa mereka keluar ke jalan besar.
Kemampanan penting dalam tangani isu perubahan iklim, bukan sekat perdagangan bebas - Tengku Zafrul
Prasyarat hijau tidak boleh digunakan sebagai halangan bukan tarif atau menjadi mekanisme imperialisme ekologi zaman moden.
Pusat hiburan dibaling bom petrol
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian memaparkan empat individu menaiki motosikal di hadapan pusat hiburan terbabit.
Turkiye: 190 penumpang berdepan detik cemas tayar pesawat pancit semasa mendarat
Semua 190 penumpang selamat dipindahkan susulan insiden kecemasan kira-kira 11 pagi waktu tempatan itu.
Korea Selatan sasar kerjasama ketenteraan dengan Malaysia naik taraf K200 IFV
Korea Selatan menyatakan minat untuk bekerjasama dengan Malaysia bagi menaik taraf armada Kenderaan Tempur Infantri K200 (IFV).
Wai Ching 'hangatkan' Larian Menara Naza
Selepas menawan puncak Menara Taipei 101 baru-baru ini, pelari menara nombor satu dunia Soh Wai Ching mengesahkan penyertaan pada Larian Menara Naza.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan buat kerja, bukan cari populariti - Amirudin
Kata Amirudin, pembangkang hanya menjual isu-isu tertentu bagi mencari perhatian, khususnya pada musim pilihan raya.
Sarawak sasar juara keseluruhan Sukma XXI di Bumi Kenyalang
Abang Johari berkata, 9,927 atlet terpilih membawa cabaran Sarawak pada temasya dwitahunan itu harus tetapkan matlamat untuk capai kejayaan.
Perdagangan borong, runcit catat jualan bulanan tertinggi RM143.9 bilion
Perdagangan borong dan tuncit Malaysia merekodkan nilai jualan sebanyak RM143.9 bilion pada Disember 2023, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).
GC SIAP: Malaysia perluas program statistik dengan komuniti Asia Pasifik
Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM) komited untuk menjadi pemudahcara kepada perkongsian amalan statistik terbaik antara negara.
Perdagangan borong dan runcit pada Mei naik 6.6 peratus kepada RM138 bilion
Perdagangan borong dan runcit Malaysiamencatatkan nilai jualan berjumlah RM138.0 bilion, tumbuh 6.6 peratus tahun ke tahun pada Mei 2023.
Malaysia catat jumlah perdagangan RM2.8 trilion pada 2022
Malaysia mencatatkan lonjakan dalam jumlah perdagangan sebanyak 27.8 peratus kepada RM2.8 trilion pada 2022 berbanding RM2.2 trilion setahun sebelumnya.
Akses internet isi rumah meningkat 96 peratus - DoSM
Peratus isi rumah yang mempunyai akses Internet meningkat kepada 96 peratus tahun lepas, berbanding 94.9 peratus pada 2021, menurut laporan terkini Jabatan Perangkaan (DoSM).
Indeks Harga Pengeluar Malaysia 2.9 peratus lebih rendah pada Mac
Trend penurunan itu disebabkan oleh penyusutan dalam sektor pertanian, perhutanan dan perikanan serta perlombongan yang terus mencatatkan perubahan negatif selama tiga bulan berturut-turut pada 2023.
Kerajaan kemas kini had pendapatan setiap kumpulan isi rumah, jangka terbit laporan pertengahan 2023
DoSM pada tahun 2020 telah menjalankan kajian menggunakan simulasi untuk mengambil kira impak pandemik COVID-19 kepada pendapatan isi rumah.
IPI Malaysia dijangka terus pulih sehingga akhir tahun - PIVB
Jangkaan pertumbuhan akan didorong oleh pemulihan dalam keadaan pandemik global, migrasi rangkaian selular global dan pembukaan semula sepenuhnya di ASEAN.